Seorang wanita telah mencetuskan amarah penduduk setempat apabila dituduh memelihara lebih 40 ekor kucing di sebuah rumah pangsapuri di Ang Mo Kio, Singapura.
Menurut laporan, tindakan wanita itu telah mencetuskan bau busuk, hingga menjadi punca ketidakselesaan penduduk setempat, khususnya jiran tetangga.
Wanita berkenaan dikatakan telah mula membela kucing-kucing itu kira-kira tiga tahun yang lalu, dan ia mula bertambah sehingga kini.
“Wanita itu dan suaminya berpindah ke rumah lain kira-kira setahun setengah yang lalu. Mereka meninggalkan kucing-kucing itu dan hanya kembali sesekali untuk memberi makan dan membersihkannya,” kata jiran-jirannya.
Tambah jiran-jirannya, kucing itu juga pernah beberapa kali keluar daripada rumah tersebut dan menimbulkan kekecohan apabila ia bergaduh.
“Lebih-lebih lagi, masalah yang paling serius ialah najis kucing.
“Selagi anda melalui pintu utama mereka, anda boleh menghidu bau busuk. Bau itu sampai ke luar, justeru, penduduk tidak mempunyai pilihan selain menutup tingkap rumah,” kata beberapa jiran.
Serentak dengan itu, Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) telah mengambil perhatian terhadap keadaan ini dengan menghubungi pemiliknya.
Sumber: Kosmo!