Jimin BTS Pecah Rekod SoundCloud, Jadi Yang Pertama Cecah Lebih 300 Juta Strim

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Jimin BTS secara rasminya telah mencipta sejarah di platform penstriman muzik, SoundCloud.

jimin bts pecah rekod soundcloud, jadi yang pertama cecah lebih 300 juta strim

7 Disember lalu, SoundCloud mengumumkan bahawa lagu ciptaan sendiri oleh Jimin berjudul “Promise” telah menjadi lagu pertama dalam sejarah platform tersebut yang berjaya melepasi lebih dari 300 juta jumlah strim.

Lebih membanggakan, pencapaian tersebut berjaya dipecahkan dalam tempoh kurang dari tiga tahun.

SoundCloud mengesahkan di Twitter dengan catatan, “Dengan strim 300 juta yang luar biasa, “Promise” oleh Jimin kini menjadi lagu yang paling banyak distrim di SoundCloud. Tahniah!!!”

Lagu “Promise” pada asalnya merupakan sebuah lagu yang bersifat peribadi pada Jimin yang mana penyanyi berusia 26 tahun itu menulis lirik dan menyusun sendiri muziknya.

Ia pertama kali dimuat naik dan didengarkan kepada orang ramai pada 31 Disember 2018.

Tahniah kepada Jimin atas pencapaiannya yang menakjubkan!

 

Sumber: [1]