Jepun Rekod Kes Bayi Pertama Dijangkiti COVID-19 Daripada Ibu Bersalin

Seorang bayi yang baru dilahirkan di Jepun dipercayai dijangkiti COVID-19  daripada ibunya.

jepun rekod kes bayi pertama dijangkiti covid-19 daripada ibu bersalin

Kes seumpama itu merupakan yang pertama direkodkan di negara matahari terbit itu.

Menerusi laporan NHK pada Isnin lalu, para penyelidik dari Persatuan Pediatrik Jepun mengkaji 1, 124 fasiliti kesihatan di serata negara itu yang mempunyai jabatan pediatrik.

Berdasarkan hasil tinjaun terbabit, 52 bayi yang baru dilahirkan di 31 fasiliti dilahirkan oleh ibu positif koronavirus manakala seorang bayi lagi dikatakan dijangkiti.

Biarpun begitu, bayi tersebut dilaporkan tidak menghidapi sebarang masakah kesihatan.

Menurut seorang profesor dari Sekolah Perubatan Universiti Nihon, Morioka Ichiro. Kemungkinan untuk seseorang ibu menyebarkan koronavirus kepada bayi mereka adalah rendah.

Namun, bayi yang dijangkiti COVID-19 boleh mengalami gejala-gejala ringan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN