Jepun Bakal Perkenal Kaedah Kerja Empat Hari Seminggu

Bagi menyeimbangkan kehidupan pekerja, Jepun dilaporkan bakal memperkenalkan kaedah bekerja empat hari seminggu untuk warganya.

jepun bakal perkenal kaedah kerja empat hari seminggu

Ia berikutan terdapat kalangan pekerja yang mengalami tekanan perasaan serta mental di tempat kerja, hingga ada yang dilaporkan membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan kerja melampau.

 

Justeru, kerajaan Jepun kini sedang berusaha mewujudkan suasana kerja dan kehidupan yang lebih seimbang dengan memperkenalkan empat hari bekerja, dan tiga hari cuti hujung minggu.

 

Pengenalan itu juga selaras dengan keupayaan pihak berkuasa untuk mencegah pandemik COVID-19 ketika ini kerana ia boleh menghadkan kehadiran orang ramai ke tempat awam.

 

Pemimpin politik di Jepun juga berharap keputusan itu membolehkan majikan memberikan waktu kerja yang lebih efisien kepada pekerja seperti pengurangan waktu kerja serta inisiatif kerja dari rumah.

 

Jepun juga memaklumkan kaedah itu membolehkan pekerja mengambil cuti untuk urusan kesihatan keluarga, selain meningkatkan kemahiran dan ilmu untuk menaikkan taraf kehidupan serta pendapatan mereka.

 

Malah, pengurangan waktu bekerja juga diharap dapat meningkatkan kadar kelahiran di negara berkenaan.

 

Sumber: Metro