Demi Tarik Orang Ramai Bekerja, Jepun Naikkan Bayaran Gaji

Berikutan isu kekurangan staf yang semakin kronik di Jepun, syarikat besar di negara tersebut mula menaikkan bayaran gaji bagi menarik orang ramai untuk bekerja.

demi tarik orang ramai bekerja, jepun naikkan bayaran gaji

Berdasarkan hasil tinjauan bulanan Reuters, Japan Inc. kemungkinan akan merombak kadar gaji yang tidak berubah sejak beberapa dekad lalu.

Difahamkan bahawa kebanyakan syarikat Jepun mengelak daripada menaikkan gaji kerana deflasi yang dialami selama beberapa dekad lalu selain faktor kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyarankan pihak syarikat supaya menaikkan gaji berikutan kenaikan dua kali ganda harga komoditi yang lebih tinggi. Bukan disebabkan itu saja, mata wang yen yang semakin lemah juga telah mengakibatkan kos sara hidup dan tekanan kepada pekerja.

Selain itu, Nikkei Research turut sama menjalankan tinjauan terhadap 495 firma besar bukan berasaskan kewangan dari 2 hingga 12 Ogos tahun ini.

Sebanyak 44 peratus responden memilih kenaikan gaji atau gaji permulaan yang tinggi berbanding beberapa pilihan lain yang diberi.

 

Sumber: Utusan