70 Peratus Pesakit COVID-19 Diuji Di Jepun Ada Varian Eek

Jepun mengesahkan kira-kira 70 peratus daripada pesakit COVID-19 yang diuji di Hospital Tokyo pada bulan lalu membawa mutasi E484k atau dengan nama ‘Eek’.

70 peratus pesakit covid-19 diuji di jepun ada varian eek

Mutasi itu dikesan dalam 10 daripada 14 individu yang diuji positif virus itu, dimana mutasi ini dapat mengurangkan perlindungan vaksin.

 

Selama dua bulan sehingga Mac, 12 daripada 36 pesakit COVID-19 di sebuah hospital Tokyo didapati membawa mutasi terbabit.

 

Lebih membingungkan pengkaji, kesemua daripada mereka tidak melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai mana-mana hubungan dengan mereka yang melakukannya.

 

Gelombang jangkitan baharu COVID-19 ini nyata membimbangkan Tokyo menjelang temasya Olimpik yang bakal diadakan pada Julai depan.

70 peratus pesakit covid-19 diuji di jepun ada varian eek

Malah, pakar kesihatan di Jepun juga bimbang dengan ancaman varian berasal dari UK yang kini didapati berada di beberapa wilayah di negara berkenaan.

 

Sumber: Astro Awani