Jepun Cipta Alat VR Yang Membolehkan Korang Rasa Kesakitan Dalam Dunia Sebenar

Sebuah syarikat teknologi Jepun mencipta peranti input realiti maya (VR) yang membolehkan pemakai merasai kesakitan dari dalam metaverse ke dalam kehidupan sebenar.

jepun cipta alat vr yang membolehkan korang rasa kesakitan dalam dunia sebenar

Baru-baru ini, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Tokyo, HZ Technologies telah melancarkan gelang tangan yang boleh membuatkan pemakainya mengalami pelbagai jenis sensasi rasa dari dunia realiti maya seperti menangkap bola atau dipatuk burung, dalam kehidupan nyata.

Menurut syarikat tersebut, penciptaan teknologi itu adalah bertujuan untuk menjadikan metaverse sebagai pengalaman yang mendalam buat orang ramai.

Idea tersebut dikatakan tercetus selepas Ketua Pegawai Eksekutif H2L Emi Tamaki dilaporkan melalui pengalaman hampir maut akibat keadaan jantung serius yang menimpanya.

“Saya menyedari kehidupan adalah berharga jadi saya memutuskan untuk bekerja pada bidang baru yang saya benar-benar ingin ketahui, kerana tiada sesiapa yang melakukan penyelidikan ini pada masa itu,” katanya.

Walaupun perkara tersebut mungkin menakutkan sesetengah orang, namun bagi orang seperti Emi Tamaki dan orang lain yang hidup dengan keadaan kronik yang melemahkan, teknologi seumpama ini ibarat sesuatu yang segar bagi mereka.

“Orang seperti saya, yang tidak boleh keluar selalu kerana saya yang mengalami lemah jantung, boleh melakukan perjalanan ke mana-mana, pada bila-bila masa,” kata Tamaki.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN