6 Tahun Dengan BLACKPINK, Jennie Kini Pelakon, Drama Pertama Di Samping Anak Johnny Depp

Selepas enam tahun bergelar menganggotai kumpulan K-Pop masyhur BLACKPINK, Jennie Kim dilaporkan bakal membuat kemunculan sulungnya sebagai pelakon pula menerusi drama 'The Idol' terbitan HBO.

6 tahun bersama blackpink, jennie kini pelakon, drama pertama bersama anak johnny depp

Berita itu disahkan pada 18 Julai selepas HBO memuat naik foto yang memperlihatkan pelantun lagu “Solo” di set penggambaran menerusi satu hantaran di Twitter.

 

 

Bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin yang mengatakan anggota BLACKPINK yang berusia 26 tahun itu bakal membintangi drama 'The Idol' yang dicipta bersama oleh penyanyi terkenal Hollywood, The Weeknd dan pencipta siri fenomena Euphoria, Sam Levinson.

Siri itu dikatakan berkisar seorang penyanyi pop yang dilakonkan anak Johnny Depp, Lily-Rose Depp, yang menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang jejaka yang penuh dengan teka-teki, lakonan The Weeknd sendiri.

Treler siri tersebut pertama kali ditayangkan ketika konsert The Weeknd diadakan pada 16 Julai lalu. Tarikh tayangan perdananya bagaimanapun masih belum didedahkan pihak produksi.


Sumber: [1]