Ada antara kita yang mungkin tahu jejari isi ketam berwarna merah putih ini sebenarnya tidak langsung menggunakan isi ketam, sebaliknya ia adalah pes ikan ‘surimi’ yang ditambah dengan perasa ketam.
Makanan berasaskan sejuk beku seperti ini sering menjadi pilihan ramai, khasnya ibu dan bapa kepada anak masing-masing kerana ia sangat mudah untuk disediakan. Namun adakah ia bagus untuk diri kita dan anak-anak?
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti perkongsian oleh Dr Mazliana Mazlan seperti berikut:
Baik elak daripada membelinya untuk keluarga kita; dan sebaiknya kita ubah kepada makanan yang berkhasiat daripada sumber yang asli, okey?
Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni.
Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu, sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan juga pemanis tiruan.
Proses buat crab stick ni pun ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi.
Minyak sayuran.
Pewarna tiruan.
Perasa tiruan dari ketam.
MSG.
Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudaratan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal.
Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh.
Nak makan lagilah senang. Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar.
Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ia datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan
Sumber rujukan Astro AWANI