JDT satu nama yang tak asing lagi dalam dunia bola sepak negara.
Satu-satunya kelab bola sepak di Malaysia yang berjaya mempertahankan gelaran Juara
Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut.
Terbaru, JDT diletakkan pada kedudukan ke-15 terbaik dalam kalangan kelab Asia bagi tahun 2022.
Bukan itu sahaja, Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa turut meletakkan skuad Harimau Selatan itu di tempat ke-250 daripada 500 kelab bola sepak terbaik di dunia, musim lalu.
JDT juga berjaya atasi beberapa kelab lebih terkemuka seperti Vissel Kobe dari Jepun, Torino FC dari Itali dan kelab England, Brentford.
Peningkatan mendadak yang direkodkan oleh skuad Harimau Selatan itu bermula daripada aksi cemerlang pada kempen Liga Juara-Juara AFC musim lalu.
JDT kini sedang harungi aksi pramusim di Dubai.
Ia sebagai pemanas sebelum Liga Malaysia bermula 24 Februari ini.
Mungkinkah JDT mampu ulangi kejuaraan Liga Super untuk kali ke-10 musim ini?
Atau ada pencabar dari pasukan lain?
Sama-sama kita tungguu..
Oleh Izzati Amir