Kane Bawa England Ke Final Euro Buat Kali Pertama

Jaringan Harry Kane pada masa tambahan perlawanan separuh akhir menentang Denmark awal pagi tadi nyata sudah cukup untuk pasukan England mara ke final UEFA Euro buat kali yang pertama sejak Piala Dunia 1966.

kane bawa england ke final euro buat kali pertama

Sejarah tercipta di hadapan lebih 65,000 penyokong di Wembley selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan.

 

Namun, jaringan kapten England pada minit ke-104 telah menggemakan stadium Wembley, seterusnya memastikan tempat ke final bersama Itali pada 12 Julai ini.

Jika dilihat pada rekod pertemuan England dan Itali, pasukan Itali mempunyai rekod kemenangan dan peluang untuk menang kejohanan berprestij ini. Namun, bola itu bulat, segala-galanya boleh berubah apabila sepak mula diadakan awal pagi Isnin nanti.

 

Inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat UEFA EURO 2020 secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.