Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim telah mencipta nama apabila berjaya menjaringkan gol cantik ketika menentang pasukan Korea Selatan di Kejohanan Piala Asia AFC 2023, baru-baru ini.
Jaringan itu telah menempatkan beliau antara lapan calon bagi gol terbaik dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Turut dalam senarai antara nama pemain negara lain adalah Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Hassan Al Haydos (Qatar), Supachok Sarachat (Thailand), Son Heung-min (Korea Selatan), Mousa Al Tamari (Jordan) dan Sardar Azmoun (Iran).
Justeru, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menaikkan nama Faisal Halim yang mesra dengan panggilan Mickey, bagi meraih gelaran Gol Terbaik Kejohanan untuk edisi kali ini, dengan mengundi beliau menerusi laman web AFC di https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/news/vote_for_your_continental_goal_of_the_tournament.html
Setakat artikel ini ditulis, undian bagi Faisal Halim yang juga penyerang untuk pasukan Selangor FC, mendahului nama-nama pemain lain dengan sebanyak 61%.
Undian akan berakhir 25 Februari 2024.
Sumber: Football Association of Malaysia via Facebook, AFC