Lelaki Ini Hilang 10kg Lepas Isteri Janji Belikan PS5 Jika Berat Turun

Sudah menjadi antara impian ramai lelaki yang mahu memiliki PlayStation5, namun mungkin kerana harganya mahal, impian itu kekal menjadi impian.

 

Namun nasib seorang lelaki dari Thailand ini boleh dikatakan agak bertuah kerana telah dijanjikan hadiah PS5 selepas isterinya meletakkan syarat kepadanya untuk menurunkan berat badan.

lelaki ini hilang 10kg lepas isteri janji belikan ps5 jika berat turun

Prab Laoharojanaphan berkongsi kisah menarik ini di Facebook, selepas dicabar isterinya untuk menurunkan berat badan jika dia mahu memiliki PS5.

 

Menyahut cabaran ini, Prab mengamalkan ‘intermittent fasting’ atau berpuasa untuk tempoh masa tertentu. Beliau turut melakukan senaman kardio dan kekuatan bagi membakar lemak.

 

Hasil daripada usaha dan kerja keras ini selama 4 bulan, Prab berjaya menurunkan beratnya sebanyak 10kg. Dapat dilhat juga perubahan ketara fizikal Prab sebelum dan selepas, berserta dengan imej PS5 yang disunting.

lelaki ini hilang 10kg lepas isteri janji belikan ps5 jika berat turun

Rata-rata warganet yang melihat hantaran Prab berasa terinspirasi dan mahu melakukan perkara sama jika mereka ditawarkan ganjaran seperti itu.

 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Prab telah menerima hadiah PS5 seperti yang dijanjikan atau sebaliknya.

Sumber: Mothership