China Beri Amaran Jangkitan Serentak Virus Influenza dan COVID-19

Pakar dan doktor di China telah memberikan amaran mengenai risiko jangkitan serentak virus Influenza dan COVID-19 secara sporadik selepas wabak itu dikesan di negara itu baru-baru ini.

china beri amaran jangkitan serentak virus influenza dan covid-19

Amaran jangkitan dikeluarkan selepas 507 kes wabak Influenza dikesan di 17 wilayah antara 4 April hingga 19 Jun lalu.

.

Jumlah itu didapati meningkat secara mendadak berbanding 136 kes pada 2021 dalam tempoh sela masa yang sama, demikian menurut laporan terbaru oleh Pusat Influenza Kebangsaan China (CNIC).

.

Influenza ditakrifkan sebagai wabak apabila terdapat 10 atau lebih kes direkodkan.

.

Antara lain, terdapat permintaan yang besar, berlaku kekurangan bekalan ubat antiviral influenza seperti oseltamivir yang mendorong jangkitan semakin meningkat ketika ini.

.

Tambah lagi, kedua-dua jangkitan influenza dan COVID-19 mempunyai simtom yang sama dan ia menyukarkan proses untuk membezakan kedua-dua jangkitan wabak ini.

china beri amaran jangkitan serentak virus influenza dan covid-19

Sebaliknya ujian pengesanan boleh dibuat untuk menentusahkan sama ada ia adalah influenza atau COVID-19 atau mungkin kedua-dua jangkitan virus itu sekali pada satu masa.

 

Sumber: [1]