Jangkitan Pertama 'Amoeba Pemakan Otak' Dikesan Di Korea Selatan

Gempar, Korea Selatan baru-baru ini melaporkan kes pertama  jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai 'amoeba pemakan otak’. 

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), mereka mengesahkan kematian seorang penduduk yang berusia lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand. 

Ia juga merupakan kes pertama jangkitan dilaporkan di Seoul selepas Naegleria fowleri muncul di Virginia pada 1937.

Naegleria fowleri adalah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai di seluruh dunia. Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui hidung dan menuju ke otak.

"Dia dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan meninggal dunia pada Rabu lalu. Kami telah melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya.

"Keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara," jelas KDCA.

Antara simptom awal untuk mengesan jangkitan ini adalah sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah dan tempoh inkubasi Naegleria fowleri biasanya dua hingga tiga hari atau boleh mencecah sehingga 15 hari.

KDCA telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan walaupun penyebaran antara manusia adalah mustahil.

Sumber: Sinar Harian