Trend ‘Ayam Mengantuk’, Doktor Beri Amaran Bahayakan Nyawa!

Doktor dan pakar kesihatan telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengikut trend terbaru di media sosial yang dinamakan ‘ayam mengantuk’.

trend ‘ayam mengantuk’, doktor beri amaran bahayakan nyawa!

Trend yang membahayakan nayawa mereka yang mengikutnya memerlukan pengguna memasak hidangan ayam yang diperap atau direbus dalam cecair ubat batuk.

 

Amaran itu dikeluarkan selepas semakin banyak video di laman TikTok yang mengikuti trend itu, termasuklah menggunakan separuh daripada kandungan botol ubat batuk.

trend ‘ayam mengantuk’, doktor beri amaran bahayakan nyawa!

“Idea bahawa anda menggunakan ubat sebagai bahan perapan ayam dan daging kerana mempercayai hidangan itu mempunyai khasiat untuk kesihatan bukan sahaja bodoh tetapi amat berbahaya,” kata seorang pegawai perubatan, Dr Jeff Foster.

 

Menurut Dr. Aaron Hartman, seorang profesor Bahagian Perubatan Keluarga di Universiti Komanwel Virginia berkata, apabila seseorang itu memasak ubat batuk, air dan alkohol dalam ubat batuk direbus, menyebabkan ayam yang digunakan mengandungi kandungan jumlah ubat yang banyak.

 

Ia sekaligus boleh menyebabkan keracunan, jatuh sakit, cirit birit, kerosakan hati, malah boleh membawa kepada kematian.

 

Sumber: [1]