Cuaca panas adalah fenomena semulajadi yang berlaku apabila suhu udara meningkat secara ketara. Fenomena ini memberi kesan kepada persekitaran, kesihatan manusia, dan aktiviti harian, serta mempengaruhi pelbagai sektor kehidupan dengan jelas.
Ramai antara kita yang pastinya membiarkan kereta dijemur dibawah cuaca panas dan meninggalkan beberapa barangan peribadi di dalam kereta, misalnya cermin mata hitam.
Tahukah anda, tindakan itu boleh mendatangkan bahaya lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas ini.
Menerusi foto yang dikongsikan Twitter rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire, cermin mata hitam yang dibiarkan dalam kereta yang panas telah menyebabkan kerosakan pada stereng kenderaan dan lubang besar di cermin depan.
Menurut mereka, objek itu boleh menyerap haba, lalu menyebabkan kebakaran boleh berlaku.
“Matahari sudah terik tetapi awas ini boleh menyebabkan kebakaran. Kami baru berdepan dengan kebakaran berpunca daripada cermin mata hitam yang tertinggal di papan pemuka.
"Pastikan anda menyimpan objek mudah serap cahaya daripada terdedah dengan cahaya matahari langsung," tulis jabatan itu di Twitter.
Sumber: Mirror UK