Jangan Tertipu Laman Palsu Menyamar Beri Bantuan RM8,000 Dari Kementerian Kesihatan

Institut Kesihatan Negara (NIH) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu laman sesawang palsu yang menggunakan logo mereka kini berlegar atas talian.

jangan tertipu laman palsu menyamar beri bantuan rm8,000 dari kementerian kesihatan
 
Menurut NIH, laman sesawang yang dipercayai scammer, telah menggunakan logo NIH dan KKM, dengan menawarkan bantuan sehingga RM8,000 kepada mereka yang terjejas.

 
Hasil tangkap layar daripada laman sesawang palsu itu menujukkan mereka menawarkan bantuan berkenaan kepada individu yang terawal dengan nama yang kononya tersenarai dalam web tersebut.

jangan tertipu laman palsu menyamar beri bantuan rm8,000 dari kementerian kesihatan
 
Tidak dapat dipastikan modus operandi scammer ini, namun orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi seperti maklumat perbankan, secara atas talian.
 


Sumber: Twitter @NIHMalaysia