Jangan Terkejut Kalau Nampak Banyak Mannequin Di Dalam Sunway Pyramid

jangan terkejut kalau nampak banyak mannequin di dalam sunway pyramid

Pusat membeli belah Sunway Pyramid mengajar orang ramai untuk mengamalkan social distancing dengan cara mereka tersendiri.

Pihak pengurusan pusat membeli belah itu telah menempatkan mannequin perempuan pada bangku yang berada di sekitar shopping mall tersebut. Kiranya, mannequin tu sebagai peneman lah.

Selain itu, patung tersebut telah dipakaikan dengan pakaian yang begitu bergaya dari kedai-kedai yang menjual pakaian fesyen.

“Tengok siapa keluar dari kedai untuk sertai semua orang dalam pengamalan Normal Baharu?”

Untuk memastikan semua orang mematuhi penjarakan sosial, kami telah menempatkan beberapa mannequins pada kerusi. Jadi, hanya seorang sahaja yang boleh duduk pada kerusi itu.

Perghhh! Unik betul

Sumber: Facebook Sunway Pyramid