Ramai orang berasa risau dan memilih untuk tidak makan selepas bersenam kerana takut senaman hanya sia-sia. Menurut Pegawai Dietetik Pusat Perubatan Anson Bay, Nurathirah Abd Mu’as, beliau berkata makan selepas bersenam amat penting kerana ia dapat membantu tubuh menerima nutrient yang betul dan membantu dalam penghasilan otot protein. Nutrien ini merangsang penghasilan otot baru.
Kepentingan makan selepas bersenam adalah ia dapat menggantikan kalori yang telah digunakan. Seeloknya makan-makanan yang berunsurkan protein selepas bersenam kerana ia sangat membantu dalam proses pemulihan otot dengan cepat terutmanya latihan berat badan (weightlifting).
Juga dinasihatkan makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang harus diganti akibat kehilangan semasa bersenam dan berpeluh. Sesetengah orang sangat risau untuk makan selepas exercise, tetapi kalau tidak makan selepas latihan, tubuh akan mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah.
So, actually kalau korang tak makan selepas bersenam, tubuh menjadi sukar untuk mencapai matlamat kecergasan dalam badan. Dinasihatkan makan sesuatu yang ringgan 20 minit sebelum menggunakan tenag dan 3 jam selepas bersenam.
Nak makan selepas bersenam, boleh, tetapi jangan berlebihan. Perlu berhati hati dengan kandungan kalori makan tersebut. Juga yang paling penting adalah minum air masak secukupnya supaya kekal hidrasi. Lepas ni jangan risau untuk makan selepas bersenam ye.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: nona