Jangan Bagi Can, Jangan Sorok Kes Buli!

jangan bagi can, jangan sorok kes buli!

Buli. Sinonim dan biasa sangat kesnya terjadi. Bukan sedikit yang trauma sampai dewasa angkara buli. Pembuli pulak mungkin bawa perangai hebat mereka sampai ke dewasa…kat jalan raya, tempat kerja. Sebab apa? Sebab tak pernah kantoi. Jadi rantaian derita berterusan. Bermula dari rumah, sekolah, taman permainan…ya kat mana ada tempat dan peluang, pembuli akan tunjuk skil. Abang kakak buli adik. Oh! jangan lupa, ada jugak adik buli abang sebab ada lindungan besar mak abah. Ada senior buli junior. Boss besar buli bos kecik. Kat universiti pun sama, kononnya mula-mula raging masa orientasi lepas tu berjangkit jadi hobi kejam sepanjang masa. Bukan takat kena basuh baju senior, siap kena ugut paksa jadi budak suruhan, punching bag. Mangsa bukan takat cedera badan, mental pun punah. Membawak kepada kematian pun ada. Kita semua pun tahu tragedinya. Lepas tu pulak ada kes, si mangsa terjumpa mangsa berpotensi, ehhhh dia pulak jadi pembuli! Kitaran yang tak berkesudahan.

jangan bagi can, jangan sorok kes buli!

jangan bagi can, jangan sorok kes buli!

Tekad nak hentikan budaya tak sihat ni, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) muncul dengan inisiatif terbaru. Portal aduan. Ya, KPM baru-baru ini lancar portal aduan kes buli. Ia bagi membolehkan aduan pasal kes buli kat sekolah dilaporkan secara terus kepada kementerian. Ia menyediakan 3 saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli.  Talian khas aduan boleh dihubungi 24 jam dan KPM jamin setiap aduan akan diambil tindakan segera. Jangan risau, maklumat pengadu boleh dirahsiakan jika mereka mahu. Jadi kepada yang jadi mangsa dan yang tahu berlaku kes buli ayuh buat laporan. Beri maklumat tepat supaya pelaku segera dihalang. Tak berlebihan kalau KJ nak kata, laporan dan aduan awal menyelamatkan nyawa & masa depan! 

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar:  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian & internet