Sejurus lepas goreng makanan, kita suka memasukkan kuali ke dalam sinki. Kemudian, dengan niat untuk mempercepatkan kuali itu sejuk, kita akan buka air paip.
Sebenarnya, cara ini sangat lah salah dan boleh merosakkan perkakas. Kalau korang beli sendiri tak apa, ini kalau guna yang emak punya. Mau naik angin pula.
Apa masalahnya?
Ketika panas, alat yang diperbuat daripada logam itu akan mengembang. Sekarang ni pula, banyak kuali mahupun periuk yang dihasilkan daripada beberapa lapisan logam tahan karat ataupun mempunyai beberapa lapisan enamel atau anti melekat.
Jadi, kalau korang terkejutkan dia dengan air sejuk tiba-tiba tak pasal-pasal kuali dan periuk tu berubah bentuk. Boleh jadi kuali itu akan melengkung, retak dan paling teruk pecah.
Bagaimanapun, sekiranya korang tetap nak cuci serta merta, adalah dinasihatkan untuk menggunakan air panas juga. Jadi, tak ada lah kuali tu pun terkejut. Nak mencuci pun jadi senang.
Sumber: Vanilla Kismis