Bukan Salah Monyet Bila Cacar Monyet Makin Tersebar!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan penularan wabak cacar monyet ketika ini berlaku antara manusia dan bukannya melalui haiwan.

bukan salah monyet bila cacar monyet makin tersebar!

Menurut jurucakap WHO, pihaknya kesal apabila monyet dipersalahkan akibat daripada peningkatan kes cacar monyet hingga menyebabkan banyak haiwan itu diserang secara fizikal, dibaling batu dan diracuni.

 

Meskipun jangkitan virus itu boleh juga berlaku dari haiwan ke manusia, namun peningkatan kes cacar monyet ketika ini adalah berpunca daripada hubungan rapat antara manusia.

 

Tambahnya lagi, walaupun nama penyakit itu adalah cacar monyet, bukanlah monyet menjadi pembawa utama penyakit itu dan tiada kaitan dengan wabak semasa.

bukan salah monyet bila cacar monyet makin tersebar!

Sebelum ini terdapat laporan mengenai serangan keatas monyet yang berlaku di beberapa bandar di Brazil. Paling menyedihkan, 10 monyet telah diracuni atau dicederakan dengan sengaja dalam tempoh masa kurang seminggu.

 

Setakat ini kes jangkitan cacar monyet dilihat meningkat membabitkan negara Barat dan Afrika Tengah.

 

Sumber: HMetro

 

 

ARTIKEL BERKAITAN