Jangan Panik, Barang Kat Kedai Cukup Lagi

Kalau kita imbas kembali 2 minggu yang lalu, bila Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang buat pembelian panik kan.

Penuh troli dengan barang-barang harian, nak sambut hari raya pun tak macam tu tauu.

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

Bagi merasai sendiri situasi di pasar raya sekarang ni, Perdana Menteri kita sempat ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur pagi tadi.

Nak beli barang sikit sambil tengok gelagat pembeli katanyaa..

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

Rata-rata netizen puji keprihatinan PM kita yang sanggup tengok sendiri situasi kat pasar raya.

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

jangan panik, barang kat kedai cukup lagi

Nampaknya ramai orang kita dah sedar tak perlu sebenarnya pembelian panik ni sebab barang keperluan sentiasa mencukupi untuk kita semua.

Yang penting, penjarakkan sosial masa membeli belah tu kena jaga tau!

Macam-macam yang dah dilakukan oleh PM untuk pastikan kita patuhi Perintah Pergerakan Kawalan.

Doa dah, nasihat gaya "ayah-ayah" dah, tolong Mak Cik Kiah dah, pegi shopping pun dah.

Kita? Cuma patuhi PKP, #stayathome #dudukdirumah je okay!

 

Oleh: Izzati Amir

 

ARTIKEL BERKAITAN