Menjadi suri rumah sepenuh masa adalah satu kerjaya yang wajar diberikan pujian.
Tidak mudah bagi seseorang untuk melakukan kerja-kerja rumah dalam 24 jam sehari, tanpa diberikan gaji dan juga tidak mempunyai cuti tahunan seperti kebanyakkan pekerja di pejabat.
Meskipun penat menguruskan perihal rumah tangga, suri rumah akur dan ikhlas dengan tanggungjawab yang mereka pikul demi orang tersayang.
Ramai juga yang tidak faham dengan kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa ini, sehingga ada yang mempersoalkan sejauh mana tekanan yang dihadapi mereka ini kalau nak dibandingkan dengan pekerja di pejabat, tapak binaan dan lain-lain.
Memetik hantaran Parenting Influencer, Pn Wawa Shauqi, setiap pekerjaan sudah pasti ada cabarannya yang berbeza. Cuma yang bezanya disini adalah, suri rumah lebih tekanannya kerana:
1. Menjalani rutin yang sama setiap hari
2. Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
3️. Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je
4️. Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
5️. Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
6️. Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.
7️. Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.
8️. Tekanan masyarakat.
"Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur."
"Dok rumah habiskan beras laki."
"Korang ni golongan yang taknak memajukan diri."
9️. Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
10. Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami/isteri.
Faktor-faktor diatas akan bertambah tekanannya jika:
1. Bekerja sambilan dari rumah
2. Tiada pembantu rumah/ ahli keluarga lain yang membantu
3. Anak masih kecil
4. Anak rapat-rapat
5. Mempunyai Anak istimewa
6. Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
7. Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Justeru, buat anda yang mempunyai pasangan suri rumah sepenuh masa, janganlah anda memperkecilkan mereka kerana sesungguhnya kerjaya mereka ini mulia dan tidak ramai sanggup melakukannya.
Setidaknya, bantulah meringankan beban mereka dalam menguruskan kerja-kerja di rumah meskipun dengan hanya membasuh baju, menyapu sampah atau melipat pakaian.
Sumber: Facebook