Tips Mandikan Kucing Dengan Peluntur? '‘Ini Tak Masuk Akal, Bahaya!’'

Terdapat banyak perkara yang disebarkan menerusi media sosial, sama ada ia benar-benar sahih, atau sekadar direka-reka tanpa menyiasat terlebih dahulu kebenarannya.

 

Terbaharu, tular satu tips memandikan kucing dengan menggunakan bancuhan peluntur yang katanya berkesan dalam membersihkan haiwan itu.

tips mandikan kucing dengan peluntur? '‘ini tak masuk akal, bahaya!’'

Tips itu telah mendapat perhatian seorang doktor veterinar yang akui terkejut dan kecewa serta menyifatkan ia sebagai satu perkara yang tidak masuk akal.

 

Umum sedia maklum, peluntur digunakan untuk membersihkan pelbagai permukaan daripaa kotoran, termasuklah juga virus dan bakteria. Bahan asas peluntur seperti klorin, larutan natrium hipoklorit dan kalsium hipoklorit boleh menyebabkan keracunan sekiranya tertelan atau terhidu, dan menyebabkan pedih pada mata. Jika ia terkena pada kulit, risiko kulit terhakis dan koyak juga boleh berlaku.

tips mandikan kucing dengan peluntur? '‘ini tak masuk akal, bahaya!’'

Meskipun juga peluntur dikategorikan sebagai agen pembersihan, bahan itu selayaknya digunakan untuk membasmi kotoran degil pada baju dan permukaan, namun bukannya pada haiwan.

 

Perlu diingatkan sekali lagi, penggunaan peluntur pada haiwan adalah amat membahayakan, apatah lagi haiwan tidak mampu untuk ‘bercakap’ untuk mengadu sakit apabila dikenakan bahan itu pada badannya.

 

 

Sumber: Siakap Keli / Dr Ima