Jangan Makeup Muka Kanak-Kanak, Perbuatan Ni Bahayakan Mereka

jangan makeup muka kanak-kanak, perbuatan ni bahayakan mereka

Kanak-kanak dah memang comel dan kulit mereka pun sememangnya halus lagi mulus. Jadi, jika ditambah dengan alatan solek yang mengandungi bahan-bahan kimia, perkara itu boleh memberi kesan negative kepada kulit mereka.

Menurut Facebook Public Health Malaysia, kanak-kanak mempunyai kadar metabolism yang tinggi. Oleh itu mereka mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.

Berikut antara bahan kosmetik yang mampu memberi kesan buruk kepada mereka:

  • ❌ Gincu - bahan meresap ke dalam membran
  • ❌ Eyeliner/solekan mata - BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
  • ❌ Pewarna kuku
  • ❌ Pewarna rambut
  • ❌ Lain lain bahan kosmetik

Lebih menakutkan dan membimbangkan sekiranya bahan kosmtetik yang digunakan mengandungi merkuri. Bahan ini boleh menjejaskan perkembangan otak serta melambatkan pertumbuhan neurological.

Kalau korang tertanya-tanya, bila masa yang sesuai untuk membenarkan seorang gadis memakai alat kosmetik, jawapannya adalah 16 tahun ke atas.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia.