Jangan Letak Hand Sanitizer Dalam Kenderaan Jika Tak Nak Benda Buruk Berlaku

jangan letak hand sanitizer dalam kenderaan jika tak nak benda buruk berlaku

Semenjak penularan COVID-19 ni, ramai orang yang dah sedar akan kepentingan menjaga kebersihan tangan. Jadi, ramailah yang menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat telah berkongsi sesuatu yang sangat penting melalui Facebook mereka. Pihaknya memesan agar jangan meninggalkan cecair hand sanitizer di dalam kenderaan ketika waktu panas.

Seperti semua orang tahu hand sanitizer mengandungi alcohol dan bahan kimia itu bersifat sangat mudah terbakar. Jadi, kalau didedahkan dengan panas dan terik matahari dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kerosakan atau kebakaran di dalam kenderaan tersebut.

 “Secara asasnya, kebanyakan cecair sanitasi tangan mengandungi alkohol dan disebabkan itulah ianya mudah untuk terbakar. Dengan menyimpannya di dalam kereta anda semasa cuaca panas serta mendedahkannya pada cahaya matahari akan menyebabkan cahaya tersebut menembusi botol itu.

“Dan sekiranya ianya didedahkan pada punca api seperti merokok di dalam kereta atau memanggang ketika dihujung minggu boleh menyebabkan berlakukan kejadian yang tak diingini.”

Sumber: Siakap Keli