Jaga Privasi, Jangan Kongsi Imej Pasport dan Tiket Pesawat Di Media Sosial

Sejak sempadan negara mulai dibuka, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti ke luar negara.

.

Dan sudah semestinya keterujaan itu akan dikongsikan kepada rakan di media sosial hingga ada yang sanggup berkongsikan foto pasport serta tiket pesawat tanpa memikirkan kesan buruk yang mungkin akan terjadi.

jaga privasi, jangan kongsi imej pasport dan tiket pesawat di media sosial

Menerusi perkongsian seorang pakar motivasi, Jason Ho berkata, tindakan berkongsikan maklumat peribadi adalah sangat berbahaya untuk keselamatan privasi anda.

.

Antara maklumat yang boleh diakses individu lain menerusi perkongsian foto pasport serta tiket pesawat di media sosial adalah seperti nama penuh, nombor pasport, tarikh tamat pasport, empat digit terakhir kad kredit, tarikh lahir, email, dan juga nombor telefon.

jaga privasi, jangan kongsi imej pasport dan tiket pesawat di media sosial

Apa yang boleh dilakukan individu tidak bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi anda adalah dengan mengubah tiket atau membatalkan penerbangan dan mungkin lebih malang lagi adalah menggodam akaun bank anda.

.

Jason turut berkongsi situasi bila mana seorang influencer berkongsi maklumat peribadinya kerana ingin menonton Sukan SEA. Individu yang tidak disebutkan namanya itu secara tidak sengaja telah mendedahkan nama penuh serta nombor e-tiket kepada pengikutnya.

.

Dengan maklumat tersebut, Jason mendedahkan beliau mampu mengakses menu “manage booking” di laman web Singapore Airlines. Jason kemudian mendedahkan bagaimana dia boleh mencari segala maklumat peribadi influencer tersebut.

.

“Jadi kawan-kawan saya harap anda berkongsi dengan semua rakan anda tentang perkara ini.

“Jangan sekali-kali melakukan ini. Jika anda mahu melakukan ini, sila tutup dengan ibu jari anda atau tutup dengan sesuatu pada nombor e-tiket,” katanya di akhir video.

 

@coachjasonho PSA: Personal information hack #learningisfun #PSA #lifehacker #singaporeairlines #coachjasonho ♬ original sound - Coach Jason Ho

 

Sumber: [1]