Jangan Jadi Sebahagian Daripada Statistik Nahas Jalan Raya

jangan jadi sebahagian daripada statistik nahas jalan raya

Jumlah kemalangan jalan raya semakin membimbangkan dengan statistik terkini menunjukkan pertambahan lebih 30,000 kes.

 

Berdasarkan statistik Polis, bermula Januari hingga Disember 2021, sebanyak 370,286 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,539 kematian. Tahun lepas ia meningkat dengan ketara apabila dalam 9 bulan pertama sahaja, 402,626 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,379 kematian. 

jangan jadi sebahagian daripada statistik nahas jalan raya

Menurut data Ops Selamat pula, 11,325 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Ops Selamat Tahun Baru Cina pada tahun 2022. 108 daripadanya adalah kemalangan maul dan 119 kematian direkodkan. 

jangan jadi sebahagian daripada statistik nahas jalan raya

Memandangkan hujung minggu ini ramai yang akan mengambil peluang untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman, Astro Radio Traffic ingin mengingatkan kepada semua pemandu agar sentiasa patuhi arahan jalan raya untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

 

Sentiasa pandu dengan cermat walau di mana jua kita berada. Tengok tu PM kita umum ada tol percuma mulai Jumaat ini. Selamat bercuti!

 

Oleh: AR