Jangan Ingat Polis Main-Main, Satu Rumah Dah Kena Serbu Akibat Tak Patuh SOP PKPB

jangan ingat polis main-main, satu rumah dah kena serbu akibat tak patuh sop pkpb

Baru-baru ni pihak berkuasa dah pun mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya patuh kepada SOP yang telah ditetapkan sepanjang perayaan ini.

 Antaranya, kita semua dah tak boleh melawat rumah orang selepas hari pertama kerana polis akan mengadakan rondaan secara rawak bagi memastikan semua orang patuh kepada SOP.

Bagaimanapun, terdapat beberapa rakyat Malaysia yang mungkin menganggap arahan tersebut sekadar untuk menakutkan mereka sahaja. Sebab itu lah ada juga yang pergi menziarahi dan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai selepas hari raya pertama.

Satu kes yang berlaku di Pulau Pinang di mana enam orang rakan telah mengunjung rumah rakan mereka. Namun, tuan rumah telah dikenakan denda sebanyak RM1000 kerana telah melanggar perintah tersebut.

Menurut Penang Kini, rakan tersebut terdiri daripada 5 orang perempuan dan seorang lelaki yang sedang menziarahi rakan mereka yang berada di Kepala Batas. Pihak polis telah melakukan serbuan ke atas rumah tersebut sekitar jam 3:45 petang.

Jadi, beringat lah semua orang ya! Melawat atau menziarahi rakan selepas raya pertama adala dilarang sama sekali.

Sumber: Penang Kini