Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali!

jangan guna minyak masak berulang kali!

Menjadi kebiasaan kita, tentang penggunaan minyak masak berulang kali. Jika dilihat pada gerai gerai makan seperti pisang goreng dan sebagainya, minyak masak digunakan berkali kali sehingga menjadi gelap dan baru ditukar dengan minyak yang baru. Tetapi tahukah anda tentang risiko kesihatan sekiranya kerap menggunakan minyak masak berulang kali?

Dikatakan minyak masak tidak sepatutnya di gunakan lebih daripada dua kali kerana ia akan mendedahkan seseorang individu kepada radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh badan.

Penggunaan minyak secara berulang kali perlu diperhatikan warnanya dan jenis minyak yang digunakan. Jika warna minyak bertukar menjadi gelap atau hitam, itu adalah petanda minyak perlu dibuang. Juga perlu dibuang jika bau minyak bertukar menjadi tengik, teksturnya likat dan melekit. Boleh dilihat juga, kalau ada sedimen pada dasar bekas minyak atau asap muncul sebelum suhu minyak mencapai 190 darjah celsius. Ianya sangat merbahaya untuk digunakan.

Ramai yang ambil remeh tentang perkara ini, harap artikel ini dapat memberi kesedaran kepada semua. Jangan berkira tentang minyak, kesihatan itu adalah lebih penting.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: hellodoktor