Jangan Diucap Selamat Tinggal...

jangan diucap selamat tinggal...

Jumlah pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim mungkin akan berkurangan.

Mana taknya, Felda United mengumumkan ini merupakan musim terakhir mereka dalam kancah Liga-M.

Keputusan itu dibuat selepas FELDA mengambilalih penuh pentadbiran dan pengurusan Felda United FC dan anak syarikatnya, The Fighters Sdn Bhd bermula 1 September lalu.

Menurut FELDA, tujuan utamanya adalah untuk mengawal perbelanjaan entiti tersebut.

Biarpun menarik diri daripada saingan Liga Malaysia, Akademi Bola Sepak Felda akan tetap diteruskan kerana ia adalah platform pembentukan bakat dan modal insan generasi baru Felda.

jangan diucap selamat tinggal...

Tapi Liga Bolasepak Malaysia, MFL nasihatkan agar FELDA pertimbangkan semula keputusan tersebut.

Menurut MFL, rugi jika Felda United tarik diri sebab pasukan itu mampu mencabar beberapa pasukan handalan dalam saingan Liga Super.

Sejak ditubuhkan pada 2007, Felda United telah muncul juara Liga Premier pada 2010 dan 2018.

Selain itu, The Fighters juga pernah muncul naib juara Piala FA pada 2014 dan pernah mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebanyak 4 kali.

Felda United kini berada di tangga kedua tercorot Liga Super dan perlu menang aksi terakhir mereka Sabtu ini untuk hidupkan peluang daripada tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

jangan diucap selamat tinggal...

Tapi semuanya ini tak membawa apa-apa maksud kalau pengurusan tetap bertegas menarik diri daripada saingan Liga-M.

Oleh : Karami Kamel