Memang seronok apabila bercucuk tanam dan pokok jadi subur, gebu, berbunga dan berdaun hijau. Ia menghilangkan segala rasa penat bercucuk tanam. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk menjaga pokok agar kekal sihat dan subur. Macam-macam cara dan baja dah cuba tapi pokok masih tidak subur. Jangan risau, korang boleh try gunakan sisa dapur yang ada.
Jangan buang sisa dapur seperti kulit bawang, batang kangkong, bayam, kulit pisang, kulit nenas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang, keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi. Sisa-sisa ini boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman.
Caranya mudah je. Kumpulkan sisa-sisa dapur dan at least peram dalam sebulan. Lagi lama lagi bagus. Contoh, utuk permulaan ni korang boleh try air beras campur dengan kulit bawang dan gula. Lepas tu siram lah pada tanaman korang. Selepas itu, tengok lah hasilnya!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita