Jangan Abaikan Hak Anak Untuk Dapatkan Pemeriksaan Gigi

Ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat dan pandang rehat tentang kesihatan gigi anak. Mungkin kerana ramai yang tidak tahu kesihatan gigi sebenarnya mampu memberi kesan kepada tumbesaran anak- anak.

Ini alasan pentingnya ibu bapa perlu membawa anak - anak ke klinik gigi untuk diperiksa yang dikongsikan di Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.

Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.

Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..
Cuba lihat muka surat 68, 96 & 115..Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.

Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali : 
📍 0 - 9 bulan
📍 10 - 23 bulan
📍 2 - 4 tahun

Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.

Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?
Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.

Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.

Masih belum terlewat.

Kredit : Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor (fb)

ARTIKEL BERKAITAN