Jamie Spears Dedah Dirinya Ialah Penyokong Terbesar Britney Spears

Jamie Lynn Spears, membuka mulut tentang hubungan tegangnya dengan kakak kandungnya yang merupakan selebriti Hollywood terkemuka, Britney Spears.

jamie spears dedah dirinya ialah penyokong terbesar britney spears

Menurutnya, berlaku salah tanggapan mengenai peranannya dalam konservatori yang diperintahkan mahkamah selama 13 tahun terhadap Britney, yang berakhir tahun lalu selepas hakim memecat bapa mereka, Jamie Spears daripada pengawasan kewangan dan keputusan perubatannya.

“Apabila konservatori dilaksanakan, saya berumur 17 tahun, saya sedang menjangkakan cahaya mata pada ketika itu,” kata Jamie Lynn, 30.

“Saya tidak faham apa yang berlaku dan saya tidak fokus pada perkara itu. Saya hanya faham sedikit tentang perkara itu dahulu seperti yang saya lakukan sekarang.

“Saya tidak mengawasi dana atau melakukan sesuatu seperti itu, dan jika ada persepsi sebegitu, itu adalah salah faham, apa-apa pun saya tidak megambil langkah untuk menjadi sebahagian daripadanya.”

Kata Jamie Lynn, dia malahan ingin membantu Britney, 40, meneroka piihan untuk keluar daripada konservatori tersebut.

“Saya sentiasa menjadi penyokong terbesar kakak saya,” kata Jamie Lynn.

“Jadi, apabila dia memerlukan bantuan, saya menyediakan cara untuk berbuat demikian, berusaha keras untuk memastikan dia mempunyai kenalan yang dia perlukan untuk meneruskan dan menamatkan konservatori ini dan menamatkan semua ini untuk keluarga kami. Jika ia akan menyebabkan perselisihan ini, mengapa perlu meneruskannya?

“Saya juga bercakap dengan pasukan guamannya, pasukan guamannya sebelum ini, dan ia tidak memihak kepada saya,” tambahnya.

“Saya sentiasa menyayangi dan menyokongnya dan melakukan apa yang betul olehnya. Dan dia tahu itu. Jadi, saya tidak tahu mengapa kami berada dalam kedudukan ini sekarang,” simpul Jamie Lynn.

 

Sumber: [1]