Jalan Rosak Bukan “Sinkhole”

jalan rosak bukan “sinkhole”

Sumber gambar : Lim Yi Wei

Kejadian jalan rosak petang semalam di Petaling Jaya telah menjadi bahan bualan masyarakat setempat mengenainya yang berlaku di JALAN SS4A/1.

Hal ini juga turut menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat. Mana tak nya, ada yang kata ini adalah insiden Sinkhole.

Yang pasti ini bukan Sinkhole. Menurut Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jalan rosak ini berpunca daripada saliran air yang keluar dari “Manhole” hingga menyebabkan kawasan tersebut banjir sehingga 1 kaki dan seterusnya mengakibatkan jalan disitu pecah.

Kejadian ini juga telah mengakibatkan kesesakan dari arah Jalan Majlis menghala ke Taman Megah. Setakat jam 12.00 tengahari ini, kerja-kerja pembaikan masih giat dijalankan, orang ramai dinasihatkan untuk patuhi pentunjuk lencongan yang telah ditetapkan.

Semalam juga cuaca hujan lebat dilaporkan berterusan di sekitar Lembah Klang sejak dari jam 3.00 petang, banyak juga kawasan yang terkena kesan seperti banjir kilat, pokok tumbang dan kemalangan.

Sila pandu berhati-hati, dan tangguh perjalanan anda jika perlu sekiranya berlaku lagi cuaca hujan lebat.

Drive safe semua!

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin