Lapan lokasi di Kelantan dikenal pasti sebagai lokasi berisiko berlaku kejadian kepala air, tanah runtuh dan mendapan tanah susulan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika itu.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mana menurutnya, antara lokasi dimaksudkan itu termasuk Air Terjun Lata Rek, Gonong Ston dan Chuchuh, Puteri di Kuala Krai manakala lokasi berisiko tanah runtuh adalah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing dan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Grik.
“Mendapan tanah pula berisiko tanah runtuh adalah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing dan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Grik.
“Mendapan tanah pula berisiko berlaku di Kampung Kubang Kuau, Bachok selain runtuhan tebing di Kampung Celagi, Pasir Masa,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai atau pengguna jalan raya supaya berwaspada bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sebagai tambahan, bilik gerak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan juga akan beroperasi 24 jam dan pihaknya bersama-sama pihak berkuasa tempatan akan sentiasa memantau kawasan berisiko terbabit.
Sumber: [1]