Jaga-Jaga Nombor Telefon Korang! Ia Berpotensi Digunakan Kaut Untung

Jaga-jaga dengan nombor telefon anda kerana ia merupakan data peribadi paling berharga pada ketika ini dan berisiko digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Data Peribadi Mazmalek Mohamad.

jaga-jaga nombor telefon korang! ia berpotensi digunakan kaut untung

Nasihat beliau, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.

“Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sedari, ada di antara ahli kumpulan secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.

“Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan ‘scammer’ atau agensi telepemasaran, mereka akan tinggalkan kumpulan WhatsApp dan sertai kumpulan lain pula,” katanya.

Berdasarkan Kaji Selidik Pengguna Internet 2020 yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), katanya 98.7 peratus rakyat negara ini memilih aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi utama.

“Jumlah ini tinggi, kalau semua nombor telefon ini dikongsi dengan mudah, maka ramai rakyat kita terdedah dengan jenayah penipuan.”


Sumber: [1]