Masana Izawa merupakan seorang lelaki dari Jepun dari wilayah Ibaraki yang sudah lebih 45 tahun tidak menggunakan tandas. Apa yang dia lakukan adalah, Izawa menjadikan najisnya sebagai baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Lelaki berusia 69 tahun itu melakukan perkara sedemikian untuk memastikan tumbuhan di kawasan rumahnya mendapat baja secara konsisten.
Lelaki itu turut mengaku, dia hanya mengguanakan tandas sebanyak 14 kali. Manakala, dia sudah pun membuang air besar di kawasan terbuka sebanyak 15,000 kali.
Biarpun tindakannya itu dikritik oleh masyarakat, namun dia merasakan tindakannya betul.
“Ada yang berkata tabiat saya jijik, tidak bersih dan melanggar undang-undang.
“Saya aktivis alam sekitar dan tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.
Dia juga menghujahkan dirinya tidak membuang sesuka hati. Tetapi dia akan memilih kawasan yang betul dan memastikan tidak mencemari sumber air.
“Jika ada yang memilih untuk mengikut cara saya, pastikan anda memilih lokasi yang betul dan tidak mencemari zon bersih.
“Pastikan anda menggali lubang dan menutupnya,”
Sumber: Astro Awani