Jackson Wang Tepis Khabar Angin Bercinta Dengan Anggota Yuqi (G)I-DLE

Penyanyi popular, Jackson Wang menafikan khabar angin berkenaan hubungan percintaannya dengan ahli kumpulan (G)I-DLE, Song Yuqi.

jackson wang tepis khabar angin bercinta dengan anggota yuqi (g)i-dle

Menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini ke laman media sosial China Weibo, Song dilihat berada di kompleks pangsapuri Wang sejurus selepas menetap di Chin, dan kemudiannya dibawa pulang ke hotel oleh seorang pemandu yang bekerja untuk Wang pada penghujung 2021 lalu.

Video tersebut kemudian tular sehingga mencetuskan khabar angin bahawa kedua-dua penyanyi itu sebenarnya bercinta.

Susulan itu, syarikat pengurusan Wang, RYCE Entertainment mengeluarkan kenyataan melalui Weibo yang menafikan khabar angin tersebut.

Kenyataan terbabit mendakwa bahawa video yang disiarkan di platform media sosial itu bertujuan memutar belitkan kebenaran untuk mengelirukan orang ramai dan mewujudkan salah faham terhadap Wang.

“Adalah perkara biasa dan normal untuk rakan berkumpul di rumah Wang.

“Tindakan akaun media bebas tersebut bukan sahaja menceroboh privasi artis, tetapi juga menyebabkan reputasi Encik Wang rosak,” jelas RYCE Entertainment.

“Berkenaan dengan situasi ini, syarikat telah pun memfailkan laporan polis untuk melindungi hak Encik Wang melalui agensi keselamatan awam dan menggalakkan persekitaran dalam talian yang bersih dan selamat.

“Kami percaya undang-undang adalah serius dan adil, dan tidak akan membenarkan penjenayah berfikir mereka boleh terlepas daripada pelanggaran,” tambah syarikat itu.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN