IU ‘Reject’ Tawaran Drama Baru Oleh Penulis Crash Landing On You

Selebriti popular, IU dilaporkan telah menolak tawaran untuk membintangi drama baru penulis popular, Park Ji Eun.

iu ‘reject’ tawaran drama baru oleh penulis crash landing on you

Pada 6 April lalu, Ilyo News melaporkan bahawa IU berkemungkinan membintangi drama baru yang ditulis oleh Park Ji Eun.

Bagaimanapun, baru-baru ini, agensi IU, EDAM Entertainment, mengatakan bahawa penyanyi dan pelakon jelita itu tidak akan menyertai projek tersebut.

“Memang benar (IU) ditawarkan peranan dalam drama baru penulis Park Ji Eun, tetapi dia dengan hormat menolak tawaran itu.”

Park Ji Eun terkenal dengan banyak drama popular termasuk “My Love From the Star”, “The Producers”, “The Legend of the Blue Sea”, “Crash Landing on You”.

 

Sumber: [1]