Isu Aplikasi MySejahtera: Jangan Panik, Tunggu Menteri Jawab Dulu!

Dalam amalan norma baru ketika ini, keluar je rumah perkara wajib yang kita kena buat adalah pakai pelitup muka, daftar di aplikasi MySejahtera dan pakai hand sanitizer.

Tak kisahlah mana-mana tempat pun kita pergi, itu SOP yang wajib dipatuhi.

Tapi, baru- baru ni ada sedikit kekeliruan pasal pendaftaran aplikasi MySejahtera. 

isu aplikasi mysejahtera : jangan panik, tunggu menteri jawab dulu!

Ada laporan mengatakan walaupun kita hanya isi minyak di stesen minyak tanpa masuk pun ke kedai serbaneka kat stesen minyak tu, kita wajib imbas kod MySejahtera.

Kalau tak , kena denda RM1,000! 

isu aplikasi mysejahtera : jangan panik, tunggu menteri jawab dulu!

Memang panik la semua orang yang nak isi minyak sekarang ni.

Tapi, bawa bertenang semua, jangan risau Menteri Kanan Keselamatan dijangka akan menerangkan perkara ini nanti bagi elak sebarang kekeliruan.

Buat masa ni, jangan gaduh-gaduh, kita tunggu apa penjelasan kerajaan nanti okay!

Oleh: Izzati Amir