Isteri Siram Air Panas Kerana Suaminya Mengigau Cinta Perempuan Lain

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami mimpi dan kita sendiri tidak boleh mengawal apa mimpi yang akan kita alami.

.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang secara tidak sengaja bermimpi akan wanita lain ketika sedang tidur bersama isterinya.

isteri siram air panas kerana suaminya mengigau cinta perempuan lain

Kejadian berlaku di La Paz, sebuah bandar dekat Bolivian apabila lelaki berusia 45 tahun itu sedang tidur dan mengigau sambil menyatakan cintanya kepada wanita lain dalam mimpi.

.

Isterinya yang berada disebelah berang apabila terdengar luahan itu, segera ke dapur dan mengambil bekas berisi air panas mendidih lalu menyiram si suami yang sedang nyenyak tidur.

.

Si suami yang terkejut segera bangun dari tidur, namun tidak dapat mengelak daripada luka melecur pada beberapa bahagian badan seperti alat sulit, lengan dan belakang.

.

Perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan dan kini sedang menyiasat perkara berkenaan.

.

Menurut penolong pengarah Special Crime Fighthing Force di La Paz, Juan Jose Donaire berkata, ia bukanlah pertama kali berlaku kerana sebelum ini wanita tersebut pernah menuang alkohol dan cuba membakar suaminya itu.

.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu ada melakukan perkara yang mendatangkan kemarahan kepada si isteri, yang membuatkan wanita itu bertindak sedemikian rupa.

.

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN