Didakwa Hamil, Isteri Justin Bieber Rupanya Alami Cyst, “Saya Rasa Loya..”

Sejak beberapa hari lalu, peminat pasangan Bieber mendakwa Hailey Baldwin kini sedang hamil selepas melihat perutnya yang agak membesar.

didakwa hamil, isteri justin bieber rupanya alami cyst, “saya rasa loya..”

Bagaimanapun Hailey menyangkal dakwaan itu sambil mendedahkan beliau sebenarnya sedang mengalami ketumbuhan cyst pada ovari.

 

Perkongsian Hailey itu sekaligus menepis dakwaan tersebar kononnya beliau sedang hamil.

 

Menurut Hailey, cyst itu hanya sebesar buah epal dan dia tidak sedar mengenai ketumbuhan itu pada awalnya.

didakwa hamil, isteri justin bieber rupanya alami cyst, “saya rasa loya..”

“Saya tidak hamil tetapi mempunyai cyst pada ovari saya dan ia sebesar epal. Saya tak sedar bila wujudnya cyst itu yang saya tahu cuma rasa loya beberapa kali,” katanya.

 

Hailey turut mendedahkan beliau tidak menghidap endometriosis atau PCOS.

 

“Ia tidak menyeronokkan sebaliknya menyakitkan serta membuat saya berasa kembung perut, kekejangan dan gangguan emosi.

“Sebagai wanita pasti ramai yang faham akan keadaan ini. Ia bukannya bayi,” tulis Hailey lagi pada satu hantaran di Instagram.

 

Sumber: IG Hailey Bieber