Rejim Israel bukan sahaja dilihat aktif mengebom lokasi-lokasi awam di Palestin, malah mereka juga sering menyebarkan video propaganda di media sosial, dengan tujuan fitnah dan meraih simpati warganet seluruh dunia.
Dek kerana sikap mereka yang suka menipu, satu video yang dikongsikan rejim Zionis di media sosial X telah menjadi tular kerana video yang kononnya menurut mereka rakyat Palestine ‘memalsukan’ kematian rupanya adalah video asal dari Malaysia.
Media Israel yang berkongsi video itu mendakwa rakyat Palestine ‘menipu’ kematian mereka kerana dalam keadaan sedang dikapankan salah satu daripada ‘jenazah’ itu dilihat masih hidup.
Namun sebenarnya, video yang dijadikan propaganda Israel ini adalah diambil daripada sebuah kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan di Malaysia.
Malah, laporan Forbes juga mendedahkan video yang disebarkan Israel itu bukannya daripada peperangan Hamas-Israel, kerana ia tidak kelihatan seperti dari Timur-Tengah seperti yang didakwa mereka.
Ekoran daripada itu, rata-rata warganet khususnya di negara ini dilihat menghentam akaun pro-Israel itu dan menyifatkan puak itu sebagai penipu.
Difahamkan juga video tersebut datang daripada akaun Tiktok @matjejak19 yang disiarkan pada 19 Ogos lalu.
Sumber: X / Tiktok