iPhone 12 Dah Nak Keluar, Ni Senarai Harga Dekat Malaysia

iphone 12 dah nak keluar, ni senarai harga dekat malaysia

Lebih kurang pukul 1 pagi semalam waktu tempatan, Apple telah melancarkan iPhone terbaru. Ramai juga yang menanti dan tertunggu-tunggu untuk melihat apa teknologi terbaru daripada syarikat ini.

Apa yang berbeza, semua iPhone 12 mempunyai capaian rangkaian internet sehingga 5G. Bukan itu sahaja, untuk edisi iPhone kali ini tidak ada palam pengecas akan disertakan bagi menyelamat alam sekitar.

Tapi, apa yang menarik iPhone 12 kali ini ada versi mini. Segala fungsi dan reka bentuk sama je macam iPhone 12 Cuma saiznya yang agak kecil iaitu 5.4 inci. Sesiapa yang suka size kecil sesuailah guna iphone ini.

Buat masa ni pre-order masih belum dibuka. Kami meramalkan iPhone 12 mungkin akan hadir sekitar pertengahan atau penghujung bulan November. Sama-sama kita nantikan.

So, ini harga iPhone 12 di Malaysia berdasarkan website rasmi Apple Malaysia:

iPhone 12 mini- Size 5.4 inci
64GB – RM3,399
128GB – RM3,599
256GB – RM4,099

iPhone 12- Size 6.1 inci
64GB – RM3,899
128GB – RM4,099
256GB – RM4,599

iPhone 12 Pro- 6.1 inci
128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,299

iPhone 12 Pro Max- 6.7 inci
128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,699

Sumber: Apple Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN