Tinggal Kenangan, Internet Explorer Kini Terkubur Selamanya

Selepas 27 tahun ‘berkhidmat’, kini kita boleh ucapkan selamat tinggal selamanya kepada pelayar laman web milik Microsoft, iaitu Internet Explorer.

tinggal kenangan, internet explorer kini terkubur selamanya

Menurut laporan, syarikat teknologi itu secara beransur-ansur beralih daripada perisian yang dilancarkan pada 1995 kepada Microsoft Edge, iaitu pelayar utama bagi Windows 10.

.

Untuk sokongan pada versi terakhir, Internet Explorer 11 masih dikekalkan meskipun kebanyakkan pengguna masa kini sudah beralih kepada platform pelayar laman web yang lain seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.

.

Maka dengan penamatan itu, ia bermakna tiada lagi penyelenggaraan teknikal dibuat seperti kemas kini keselamatan dan pembetulan pepijat.

tinggal kenangan, internet explorer kini terkubur selamanya

Menurut satu analisis yang buat Statcounter, hanya 0.45 peratus pengguna Internet di seluruh dunia yang masih menggunakan Internet Explorer.

.

“Microsoft Edge bukan sahaja menawarkan pengalaman pelayaran internet lebih pantas bahkan lebih selamat dan moden berbanding Internet Explorer.

“Ia juga mampu mengatasi masalah utama seperti keserasian dengan laman web dan aplikasi yang sudah lapuk,” kata Pengurus Program Microsoft, Sean Lyndersay dalam satu catatan di blog.

.

Bagi pengguna Microsoft Edge, mod Internet Explorer masih boleh digunakan lagi untuk pelayaran legasi.

.

Berita penamatan Internet Explorer nyata membuatkan ramai pengguna yang masih menggunakan pelayar laman web itu berasa kecewa.

.

Sumber: [1]