Perkhidmatan teknologi 5G bakal menyediakan internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G dengan kadar latency yang lebih rendah serta dapat lebih satu juta peranti bagi setiap 1 kilometer (km) persegi.
.
Terbaru, satu laporan dari Opensignal, Malaysia berada di tempat kedua dalam kedudukan rangkaian 5G terpantas bagi beberapa negara di peringkat dunia.
Dari segi kelajuan muat-turun, Malaysia mencatatkan kelajuan 382.2Mbps, dibelakang negara Korea Selatan yang mencatatkan kelajuan terpantas dunia pada download speed 432.7Mbps.
.
Malaysia turut mencatatkan kelajuan kedua paling tinggi dicapai iaitu 880.3Mbps dibelakang Taiwan pada kelajuan maksimum 922.5Mbps.
.
Menariknya, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi kelajuan muat-naik pada kelajuan 50.3Mbps, menerusi data yang dikumpulkan OpenSignal antara tempoh 1 Mac hingga 29 Mei 2022.
.
Sumber: [1], [2]