Sekarang ni kan kalau korang tambah link pada caption Instagram, still tak ada guna sebab link tu tak akan redirect pun pada tempatnya. So, kalau korang buat juga memang sia-sia je lah.
Tapi, lepas ni fungsi tersebut akan dikemaskini di mana korang dah boleh tekan link yang ada pada caption. Namun, ada syaratnya.
Syaratnya ialah korang perlu bayar sejumlah wang sekiranya nak memberikan fungsi kepada link tersebut. Alaa why Instagram whyyy!
Perkara ini ditemui oleh Protocol melalui pendaftaran patent oleh pihak Facebook pada tahun 2016. Patent tersebut menunjukkan pop-up message akan muncul dengan menyoal sama ada mahu aktifkan link tersebut dengan membayar $2.00 atau pun tak selepas korang meletakkan link pada caption.
Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi daripada pihak Instagram atau tanda-tanda yang mereka akan melancarkan fungsi ini dalam masa terdekat.
Sumber: Mashable India